Monday, 27 January 2025

" Lin,pulanglah ke kampung. Tak rindu ke?

 Lin menghantar mesej kepada mama,

" Salam,nak balik kampung. Ada di rumah tak?"


" Baliklah,tak rindukan kampung halaman. Ada? Bila nak balik ke kampung?" - mama membalas kepada Lin.


" Gila,mana tak rindukan kampung. 2 tahun tak balik kampung. Lin balik 16 sampai 18" - Lin pula membalas kepada mama.


" Ok,kami ada tak ke mana pun. Duduk rumah saja" - mama membalas lagi kepada Lin.


" Noted,kita jumpa nanti dekat kampung" - Lin,dia menulis sambil bibirnya tersenyum nampak gigi. Sudah tak sabar nak pulang ke kampung halaman.


Sudah tiba masanya,tanggal 16 hari bulan menantikan Lin akan pulang ke kampung halaman.


Di keheningan malam,menambah pula cuaca sejuk di luar akibat hujan rahmat.


" Di mana rumah?" - Lin bertanyakan kepada mama. 


" Parit 2 Timur,sungai besar" - mama membalas kepada Lin.


" Dah terlajak ke depan. Rumah yang mana satu?" - Lin bingung,tak tahu mana rumah kami.


" Warna kelabu,depan ada rumah baru warna putih" - mama membalas sebelum Lin sampai ke rumah.


1 minit kemudian,


" Assalamualaikum" - kedengaran suara manja Lin dari luar rumah.


" Waalaikumussalam" - kami memberi salam kepada Lin.


" Tak ingat rumah mana satu. Sini dah banyak rumah" - Lin sudah lupa ingatan untuk mencari kampung halamannya sendiri.


Lin pulang ke kampung halaman. Lalu membawa seorang rakan sekerja. Hari keesokannya,Lin dan rakan bangun di awal pagi pergi mencari sarapan dan memancing.


Pada hari berikutnya,Lin bangun awal pagi lagi. Rupanya dia sudah berada di luar rumah. Asyik memancing dari semalam.


Sebelum Lin pulang ke bandar. Kami memaksanya untuk hadir kenduri kahwin saudara. Mengikut rombongan lelaki ke rumah pengantin perempuan.


Masing-masing terkejut bila memandang wajah Lin. Ada yang menangis,mencium pipi dan berpelukan erat dengan kuat.


"Lin,lama tak jumpa. Sihat?" - nenek saudara bertanyakan khabar pada Lin. Seperti seorang ibu merindukan anak-anaknya.


" Alhamdulillah" - Lin terasa sayu dan gembira sudah lama tidak bertemu saudara mara.


" Tak rindu kampung ke?" - nenek saudara bertanyakan soalan menduga kepada Lin.


" Sebab rindulah,pulang ke kampung"- Lin menjawab pertanyaan nenek saudara lalu kepalanya menunduk sedikit.


" Kalau rindu...baliklah kampung lagi ke sini" - nenek saudara menyambung soalan kepada Lin.


" Insya-Allah" - Lin membalas dengan tenang dan menganggukkan kepalanya.


Sebelah petang pula,Lin dan rakannya sudah hendak pulang ke bandar. Kami melambaikan ke arah mereka berdua pulang. Bersama iringan hujan yang membasahi di bumi ilahi.

Wednesday, 22 September 2021

Pak Ngah pergi kerana covid-19

 Kami seluruh keluarga telah kehilangan Pak Ngah dari Cheras untuk selama-lamanya. Pak Ngah dimasukkan ke hospital sebab kovid-19. 

Pak Ngah mempunyai penyakit tiga serangkai. Menurut doktor,dalam badan Pak Ngah mempunyai asid dan kuman akhirnya merebak ke seluruh badan.

Keadaan Pak Ngah sangat lemah hinggakan terpaksa gunakan tiub pernafasan. Namun menurut doktor,Pak Ngah terpaksa ditidurkan.

Selepas Pak Ngah ditidurkan keadaan sangat kritikal. Pak Ngah menghembuskan nafas terakhir betul-betul sebelum asar.

Dari Allah kita datang kepada Allah kita tempat kembali. Al-Fatihah untuk Pak Ngah !




Tuesday, 18 May 2021

Syawal dengan penuh keriangan,tapi di hati....

Tahun ini kita sambut syawal kali 2 musim pkp. Tahun lepas kita boleh pergi beraya dan boleh pergi ziarah rumah ke rumah. Tapi tahun ini kita beraya juga cuma tak boleh nak rentas negeri dan daerah. Tak jadi masalah yang penting mood raya mesti ada.

Syawal tahun ini sungguh bermakna kerana insan tersayang telah pergi menemui penciptanya beberapa hari sebelum menjelang ramadan.

Mood raya kali ini agak suram apatah lagi kesedihan dengan pemergian arwah embah wedok. Kebiasaannya,masakan ayam masak kicap antara menu wajib setiap kali menjelang hari raya aidilfitri. Namun,arwah dah tiada dekat atas dunia ini. Katanya tak nak masak ayam masak kicap. Kalau masak nanti akan berlinang airmata tanpa henti.

Lagi sedih saya tak dapat nak makan rempeyek dari arwah embah wedok. Kebiasaannya,arwah nenek akan masakkan untuk cucunya tercinta. Alhamdulillah,ada juga yang tolong buatkan rempeyek untuk saya. Biarpun bukan air tangan arwah embah wedok. Yang penting rempeyek mesti kena ada setiap kali nak sambut hari raya.

Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.

Kita beraya dalam musim pkp,tak boleh nak ke sana-sini.
Kami pula beraya tanpa insan tersayang beraya dengan kegembiraan tapi dalam hati sedih masih melekat di hati.

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita...