Tuesday 18 May 2021

Syawal dengan penuh keriangan,tapi di hati....

Tahun ini kita sambut syawal kali 2 musim pkp. Tahun lepas kita boleh pergi beraya dan boleh pergi ziarah rumah ke rumah. Tapi tahun ini kita beraya juga cuma tak boleh nak rentas negeri dan daerah. Tak jadi masalah yang penting mood raya mesti ada.

Syawal tahun ini sungguh bermakna kerana insan tersayang telah pergi menemui penciptanya beberapa hari sebelum menjelang ramadan.

Mood raya kali ini agak suram apatah lagi kesedihan dengan pemergian arwah embah wedok. Kebiasaannya,masakan ayam masak kicap antara menu wajib setiap kali menjelang hari raya aidilfitri. Namun,arwah dah tiada dekat atas dunia ini. Katanya tak nak masak ayam masak kicap. Kalau masak nanti akan berlinang airmata tanpa henti.

Lagi sedih saya tak dapat nak makan rempeyek dari arwah embah wedok. Kebiasaannya,arwah nenek akan masakkan untuk cucunya tercinta. Alhamdulillah,ada juga yang tolong buatkan rempeyek untuk saya. Biarpun bukan air tangan arwah embah wedok. Yang penting rempeyek mesti kena ada setiap kali nak sambut hari raya.

Selamat hari raya semua. Maaf zahir dan batin.

Kita beraya dalam musim pkp,tak boleh nak ke sana-sini.
Kami pula beraya tanpa insan tersayang beraya dengan kegembiraan tapi dalam hati sedih masih melekat di hati.

Al-Fatihah untuk mereka yang telah pergi meninggalkan kita...

No comments:

Post a Comment